|
Gerhana Bulan Separa - 26 Jun 2010 |
|
|
Foto oleh Jong Tze Kien
| Semalam, sebahagian penduduk malaysia telah berpeluang menyaksikan satu fenomena langit malam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan separa dimana separuh dari bulan penuh kelihatan oren dan coklat. Keadaan ini berlaku kerana permukaan bulan yang memantulkan cahaya matahari ke bumi memasuki bayang bumi. Bagi penduduk di semenanjung, gerhana dapat dilihat sejak bulan terbit hingga ia keluar dari bayang gelap bumi sekitar jam 9 malam.
|
Di Planetrium Negara, satu program kecil telah diadakan bagi memudahkan warga kota untuk sama-sama berkumpul dan menyaksikan fenomena ini bersama-sama. Tidak kurang dari 400 orang pengunjung telah hadir pada malam tersebut dengan 300 pengunjung terawal diberikan satu kotak Eclipse Mint sumbangan Wrigley's sebagai penghargaan. Bulan yang terbit dalam keadaan sudah gerhana, hanya dapat dilihat pada 735PM kerana terhalang oleh bangunan tinggi di bandaraya Kuala Lumpur dan juga bukit bukau. Kakitangan Planetarium Negara telah mengambil kesempatan itu untuk mula merakam gambar bulan sebelum ianya hilang disebalik awan yang menebal pada malam itu. Hanya 2 gambar yg dapat dirakam dalam masa yang singkat itu. Bulan tidak lagi dapat dilihat selepas itu, sehingga selepas program dan gerhana bulan separa tamat pada jam 900PM.
|
300 pengunjung pertama mendapat satu kotak Eclipse Mint setiap seorang sumbangan Wrigley Company (Malaysia) Sdn. Bhd |

Pengunjung mengambil peluang menggunakan teleskop
| Ramai yang agak kecewa kerana tidak dapat melihat gerhana bulan separa malam tadi. Tetapi masih ada sebilangan kecil yang bernasib baik dapat melihatnya, membuatkan mereka sangat teruja. Bagi mengubati kehampaan semua, pengunjung dijemput ke teater angkasa untuk mengikuti sesi penerangan berkenaan gerhana bulan dan juga tayangan bertajuk 'Passport to the Universe'. Kedua-dua imej gerhana bulan yang berjaya dirakam ketika itu juga dipaparkan ketika sesi penerangan tersebut.
| Gerhana Bulan Separa yang dapat dilihat dari menara Planetarium Negara, Kuala Lumpur, terbit bersebelahan bangunan Dewan Bahasa & PustakaFoto oleh Farahana Kamarudin Secara keseluruhannya, fenomena unik dan jarang berlaku seperti gerhana ini masih mampu menarik minat rakyat Malaysia, khususnya Kuala Lumpur seperti yang dilihat pada program gerhana bulan separa baru-baru ini. Diharapkan satu program yang lebih besar, teratur dan menyeluruh dapat diadakan pada peringkat nasional bagi menarik minat rakyat negara ini terhadap fenomena berbentuk astronomi. Jangan lupa untuk melawat album program disini. Disediakan oleh Mohammad Redzuan b Tahar
Pegawai Penyelidik
Planetarium Negara Agensi Angkasa Negara
|